Isnin, 4 Januari 2010

Dadah

Check out this SlideShare Presentation:
Dadah
View more presentations from aidah_.

Ahad, 27 Disember 2009

welcome





















HARAP MAAF KEPADA PARA PELAWAT YANG BERKUNJUNG KERANA BLOG INI TIDAK
LAGI AKTIF SELEPAS TAHUN 2010. KERANA SAYA TELAH BERPINDAH TUGAS KE
SK SERI UTAMA. Walau bagaimanapun silalah berkunjung ke website ini.

Pengurusan Kaunseling Sekolah

PENGURUSAN KAUNSELING SEKOLAH

Sabtu, 12 Disember 2009

Persembahan Slide

Menu Portal Rasmi SK Seri Beroleh

MENU UTAMA

Home: Peta Laman|Buku Pelawat

MENU SEKOLAH: Info Sekolah| Pengetua| Senarai Guru

Senarai Staf Am| Kurikulum| KO-Kurikulum| Hal Ehwal Murid

Takwim Sekolah| Pencapaian Sekolah| Fasiliti & Kemudahan

MENU PELAJAR: Bilik Darjah| Ketua Pelajar|

Pelajar Cemerlang| Lembaga Pengawas

MENU PIBG: Aktiviti| Organisasi

MENU KEMASKINI: Buletin Sekolah| Pusat Data Sekolah

Forum Bincang Sekolah| Galeri Foto Sekolah| Galeri Video Sekolah

Galeri Muat Turun

EDUTAINMENTS: EDU Funs| Ruangan Karya| Ruangan Alumni

Ruangan Jual Beli| Ruangan Chat

HUBUNGI SEKOLAH: Peta Lokasi| Jalinan Web| Senarai diHubungi

Hubungi Kami| Jawatan Kosong

Kod Etika Blogger

Utusan Malaysia>Dalam Negeri>12 Disember 2009
PM sarankan ‘Kod Etika Blogger’

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet.

Kata Perdana Menteri, beliau mendapati kod etika yang dikeluarkan oleh Persatuan Wartawan Profesional berpangkalan di Amerika Syarikat amat penting dalam membina dialog melalui dunia blog.

“Saya selalu menekankan bahawa media baru memainkan peranan penting kepada aspek politik dan masa depan sosial kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya melalui blog www.1Malaysia.com.my.

Kod etika yang patut dijadikan panduan:

* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

* Tidak memplagiat hasil tulisan.

* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Jumaat, 11 Disember 2009

Motivasi Diri

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP


Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

  • Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
  • Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
  • Kenapa aku mahukannya?
  • Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.

Contoh matlamat:

Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.

Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...