Khamis, 10 Disember 2009

Bagaimana Cara Berjumpa

• datang seorang atau dengan rakan-rakan anda • datang memberitahu KAUNSELOR suatu tarikh yang boleh ditentukan untuk sesi kaunseling • mengisi borang temujanji kaunseling yang didapati di bilik kaunseling (biasanya di Sekolah dan IPT)

BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN:
• Kaunseling Individu: pertemuan anda dengan kaunselor anda • Kaunseling Kelompok: pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor
APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING:
Perkhidmatan percuma ini disediakan kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan-persoalan mengenai: • peribadi dan emosi anda • perlakuan yang tidak waras, pendiam, susah bergaul dan selalu berpandangan negatif • perkembangan pelajaran • belajar dengan lebih berkesan • memilih kerjaya dan merancang masa depan • menghisap rokok, menghidu gam dan menyalahguna dadah • ujian personaliti
KAUNSELING BUKAN UNTUK:
• mempengaruhi kepercayaan, fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap individu • menyelesaikan masalah individu • memberi nasihat atau pandangan • memberi maklumat sahaja • menemuramah atau berbual tanpa tujuan • menilai kekuatan dan kelemahan individu
MATLAMAT KAUNSELING:
• supaya individu memahami diri dan situasinya • supaya individu menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik • supaya individu mengenalpasti keperluannya • supaya individu dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan