Khamis, 10 Disember 2009

Kaunselor Berkesan

Pendidikan Pada Kaunselor

a. Sebagai seorang kaunselor asas kaunseling, teori, prinsip dan proses kaunseling mestilah dikuasai oleh seorang kaunselor untuk berjaya.

b. Kursus-kursus yang disediakan oleh kementerian Pelajaran seperti kursus dalam perkhidmatan 14 minggu di maktab dan di universiti mestilah direbut peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kaunseling.

c. Bengkel-bengkel yang diadakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi, pihak swasta dan orang perorangan mestilah disertai oleh kaunselor untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kaunseling. d. Melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi seperti di Universiti Putra Malaysia atau mana-mana Universiti yang menawarkan kursus bimbingan dan kaunseling.

Sokongan Dari Mesyarakat Setempat

a. Masyarakat setempat hendaklah peka terhadap permasalah-permasalah pelajar yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. Contohnya melepak,mencuri,memukul,gangster dan lain-lain lagi.

b. Masyarakat hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa ataupun kepada sekolah jika ternampak pelajar-pelajar melakukan kerja-kerja yang sumbang atau tidak bermoral dengan segera jangan didiamkan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan