Rabu, 9 Disember 2009

PENGERTIAN KAUNSELING

PENGERTIAN KAUNSELING

Mitos khidmat kaunseling
• Kaunseling adalah nasihat.
• Hubungan kaunseling hanya sehala.
• Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien).
• Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
• Peribadi dan emosi anda
• Perkembangan pelajaran
• Belajar dengan lebih berkesan
• Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif
• Keluarga

MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
• Supaya ANDA memahami tentang diri anda
• Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik
• Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA
• Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan ANDA pada masa sekarang dan akan datang

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
KAUNSELING INDIVIDU
(pertemuan ANDA dengan kaunselor)
KAUNSELING KELOMPOK
(pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunaselor)

DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.

SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.

BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor, atau

Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling.

SIAPA KAUNSELOR ANDA?
MD.DAIM BIN SANUDIN (Sesi Petang)
- Sedia mendengar semua persoalan ANDA
- Menerima ANDA tanpa syarat
- Merahsiakan apa yang ANDA katakan
- Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu
- Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila masa.

SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA. MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK
Apa itu kaunseling?
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI KAUNSELOR
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya.

kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Back to top

ETIKA PERKHIDMATAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KERAHSIAAN

BERTANGGUNGJAWAB

MENERIMA TANPA SYARAT

PRIHATIN

EHSAN

ADIL

TIDAK MENGHUKUM

BERPENGETAHUAN

BERKEMAHIRAN

BOLEH DIPERCAYAI

TIDAK MENGHARAP GANJARAN

JUJUR

Back to top

FALSAFAH
BAHAWA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBLEMGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERTERUSAN BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

Back to top

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1 . Bimbingan dan kaunseling adalah proses yang terancang dan - berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk.
2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan.
3 . Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.
5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam,menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya digunakan dalam jangka masa panjang.
7. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan dan memberi fokus kepada kekuatan dirinya. Dalam bimbingan dan kaunseling fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada pada dirinya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.
8. Bimbingan dan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.
Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekotah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.
9. Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam menyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar.

Back to top

PIAGAM
Unit Bimbingan dan Kaunseling bersedia :

1. Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang terpuji.
2. Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani.
3. Menerima pelanggan tanpa syarat.
4. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, bersih dan harmoni
5. Memfokus ke arah pengembangan dan pembentukan diri pelajar dengan cara :
Membantunya mencapai penyelesaian terhadap sesuatu kecelaruan
Membantunya membuat keputusan bijak dan Yakin
Membimbingnya memanafaatkan kekuatan dan kualiti diri, minat dan bakat supaya seimbang.

Back to top

OBJEKTIF KHUSUS

-Merancang, menyelaras, melaksanakan, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan keunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.
-Memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, memusnah harta benda, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
-Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.
-Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar yang memerlukan.

Back to top

OBJEKTIF AM

Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.

Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.

Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain.

Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Back to top

1 ulasan:

  1. FALSAFAH
    BAHAWA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBLEMGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERTERUSAN BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

    BalasPadam