Rabu, 9 Disember 2009

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Guru Bimbingan

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH (GBSM)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan di sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pentadbir, guru, pelajar, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjukajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, inhalan, rokok, alkohol dan AIDS.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti mata pelajaran teras untuk peperiksaan UPSR.

10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah dan AIDS.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan sesiapa saja yang memerlukannya.

18. Menjadi personal perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam Jawatan Kuasa Kurikulum Sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatan kuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kurikolum, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan, kepimpinan pelajar dan sebagainya.

23. Menjdi urussetia kepada Jawatankusa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

26. Menjadi ex-officio dalam persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Pada tahun 2007 ini terdapat 4 perkara tambahan Tugas GBSM iaitu dalam perkara 23 hingga perkara 26 di atas.

Back to top

1. Penasihat Pembimbing Rakan Sebaya

» Merancang-mesyelia dan melaksanakan program Pembimbing Rakan Sebaya.

» Melatih PRS peringkat sekolah.

» Memilih ahli-ahli PRS

» Menjadi fasilitator dalam aktiviti sekolah.

» Menjadi pakar rujuk ( konsultasi ) terhadap isu-isu daripada ahli-ahli PRS.

» Mengawal dan menasihati ahli PRS dalam peningkatan akademik dan sahsiah.

2.Penasihat Kesihatan dan Kerohanian

» Merancang, menyelia dan melaksanakan program yang berkaitan.

» Menjadi penyelaras program.

» Mengumpul, mempamerkan dan menyebarluaskan bahan-bahan dan maklumat.

» Merangka dan merancang ceramah, bengkel, taklimat dari semasa ke semasa.

» Menilai dan membuat laporan keberkesanan program.

Back to top

3.Penasihat Program Tahun 6

» Merancang,menyelia dan melaksanakan aktiviti.

» Menyediakan senarai mentor dan mentee.

» Menjadi penyelaras aktiviti.

» Menilai dan membuat laporan keberkesanan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa.

4. Penasihat Maklumat Murid

» Menyediakan borang maklumat murid.

» Mengedar, menerangkan dan mengumpulkan semula borang dari murid

» Menyelia perekodan maklumat ke dalam kad 001R oleh guru kelas.

» Menemaskini rekod murid dari semasa ke semasa.

» Mengawalselia inventori dan fail rekod diri murid

» Memastikan penyimpanan rekod sentiasa dalam keadaan baik, terkini dan mudah dirujuk.

5. Penasihat Pendidikan Pencegahan Dadah

» Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang bahaya dadah.

» Memperkembangkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan dadah.

» Menanam , menghayati dan mengamalkan budaya positif di kalangan pelajar.

» Membina ketahanan diri pelajar yang tinggi dari segi mental, fizikal dan rohani.

» Membentuk tingkah laku positif dan nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat.

» Melihat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat di persekitaran sekolah dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

» Menyediakan altematif-alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat pelajar daripada terlibat dengan dadah.

Back to top

Tiada ulasan:

Catat Ulasan