Rabu, 9 Disember 2009

Kerahsiaan Dalam Kaunseling

Keperluan Kepada Kerahsiaan Kaunselor mestilah menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling kecuali pendedahan yang perlu untuk kebaikan klien, kebaikan orang lain atau keperluan undang-undang. Apabila pendedahan perlu, hanya maklumat yang berkaitan diberikan dan klien diberitahu tentang pendedahan tersebut. Keperluan Kerahsiaan Untuk Pegawai Rendah Kaunselor perlu memastikan bahawa keperibadian dan kerahsiaan klien dikekalkan di kalangan pegawai rendah. Kerahsiaan Di dalam Kaunseling Kelompok Kaunselor mesti memberitahu ahli kumpulan dengan jelas bahawa kerahsiaan tidak dijamin di dalam kaunseling kelompok. Kerahsiaan Di dalam Kaunseling Keluarga Kaunselor mestilah tidak menyampaikan maklumat tentang seseorang ahli keluarga (klien) dalam kaunseling kepada ahli keluarga yang lain tanpa mendapat kebenaran daripada klien terlebih dahulu. Kerahsiaan Rekod Kaunselor mesti mengekalkan kerahsiaan yang sesuai dalam membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah dan mengeluarkan rekod-rekod kaunseling. Kerahsiaan Untuk Merakam dan Pemerhatian Kaunselor mesti mendapatkan kebenaran daripada klien terlebih dahulu sebelum membuat rakaman atau pemerhatian proses kaunseling. Pendedahan atau Pemindahan Rekod Kaunselor mesti mendapatkan persetujuan klien untuk mendedahkan atau memindahkan rekod kepada pihak ketiga melainkan pengecualian yang dinyatakanKeperluan Perlindungan DataKaunselor mesti melindungi identiti klien apabila menggunakan data untuk latihan, kajian atau penerbitan. Piawaian Amalan Piawaian Amalan Kaunseling PERHUBUNGAN KAUNSELINGTiada Diskriminasi Kaunselor mesti menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasi klien atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosioekonomi. Pendedahan Kepada Klien Kaunselor mesti memberitahu klien maklumat secukupnya terutama dalam bentuk tulisan mengenai proses dan perhubungan kaunseling sebelum dan sepanjang sesi perhubungan kaunseling dijalankan. Perhubungan Mesra Peribadi Dua Hala Kaunselor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra peribadi yang berlebihan dengan klien yang boleh melemahkan pertimbangan profesional atau meningkatkan risiko atau bahaya kepada klien. Apabila perhubungan ini tidak dapat dielakkan, kaunselor mesti mengambil langkah-langkah yang bersesuaian supaya pertimbangan yang dibuat tidak terjejas dan tidak wujud eksploitasi terhadap klien.Kaunselor tidak boleh terlibat dalam sebarang jenis perhubungan intim atau seksual dengan klien sekarang, bekas klien atau bakal klien. Melindungi Klien Ketika Dalam Kaunseling Kelompok Kaunselor mesti mengambil langkah-langkah untuk melindungi klien daripada trauma fizikal dan psikologikal hasil daripada interaksi di dalam kumpulan. Kefahaman Terawal Tentang Bayaran Kaunselor mesti menerangkan kepada klien sebelum mereka mengikuti perhubungan kaunseling segala persiapan kewangan yang berkaitan dengan perkhidmatan profesional. Penamatan Sesi Kaunseling Kaunselor mesti membantu klien membuat persediaan untuk penyambungan semula rawatan apabila perlu berikutan penamatan perhubungan kaunseling.Kaunselor mesti mengelak daripada memulakan atau menamatkan perhubungan kaunseling secepat mungkin sekiranya mereka tidak berupaya membantu klien secara profesional. Kaunselor bolehlah membantu klien dalam membuat rujukan yang bersesuaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan