Rabu, 9 Disember 2009

Tanggungjawab Profesional

Batasan Kecekapan Kaunselor mesti mempraktikkan perkhidmatan kaunseling dalam batas sempadan kecekapan mereka sahaja. Meningkatkan Pengetahuan atau Pendidikan Kaunselor mesti sentiasa meningkatkan ilmu/pengetahuan bagi mengekalkan kecekapan profesional mereka. Kecacatan Profesional Kaunselor mestilah mengelakkan diri daripada menawarkan perkhidmatan profesional apabila ia mengalami masalah peribadi atau konflik yang boleh merosakkan klien atau orang lain. Periklanan Perkhidmatan Yang tepat Kaunselor mesti menyatakan tauliah dan perkhidmatan mereka secara tepat apabila mengiklankannya. Mendapatkan Klien Melalui Pekerjaan Kaunselor tidak boleh menggunakan tempat mereka bekerja dan hubungannya dengan sesuatu institusi untuk mendapatkan klien bagi digunakan dalam perkhidmatan persendirian. Perakuan Tauliah Kaunselor mestilah memperakukan atau menunjukkan kelulusan-kelulusan profesional yang diperolehinya sahaja dan mesti membetulkan segala gambaran yang salah mengenai kelulusannya. Gangguan Seksual Kaunselor tidak boleh terlibat di dalam gangguan seksual. Perolehan Yang Tidak Sepatutnya Kaunselor tidak boleh menggunakan kedudukan profesional mereka untuk mencari atau mendapatkan keuntungan secara tidak adil, keutamaan seksual, kelebihan yang tidak adil dan mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang tidak diusahakan secara langsung. Klien Yang Menerima Perkhidmatan Orang Lain Kaunselor dengan kebenaran/pengetahuan klien mesti memberitahu ahli profesional lain, yang merawat klien yang sama tentang kewujudan perhubungan kaunseling antara kaunselor dan klien. Keadaan-keadaan Pekerjaan Yang Negatif Kaunselor mesti sentiasa mengingatkan majikannya tentang polisi institusi atau situasi yangberpotensi untuk mengganggu tanggungjawab profesional kaunselor, ataupun keadaan yang boleh menghadkan perkhidmatan kaunselor atau menafikan hak-hak klien. Pemilihan Personel dan Tugasan Kaunselor mesti memilih kakitangan yang bekelayakan dan memberikan tanggungjawab yang bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman mereka. Hubungan Peribadi Dengan Pegawai Rendah Kaunselor tidak boleh terlibat dalam hubungan di luar bidang tugas dengan individu yang di bawah penyeliaan, penilaian dan kawalan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan