Rabu, 9 Disember 2009

Piawaian Amalan Kaunseling

PERHUBUNGAN KAUNSELING

Tiada DiskriminasiKaunselor mesti menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasi klien atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosioekonomi.Pendedahan Kepada KlienKaunselor mesti memberitahu klien maklumat secukupnya terutama dalam bentuk tulisan mengenai proses dan perhubungan kaunseling sebelum dan sepanjang sesi perhubungan kaunseling dijalankan. Perhubungan Mesra Peribadi Dua Hala Kaunselor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra peribadi yang berlebihan dengan klien yang boleh melemahkan pertimbangan profesional atau meningkatkan risiko atau bahaya kepada klien. Apabila perhubungan ini tidak dapat dielakkan, kaunselor mesti mengambil langkah-langkah yang bersesuaian supaya pertimbangan yang dibuat tidak terjejas dan tidak wujud eksploitasi terhadap klien.Kaunselor tidak boleh terlibat dalam sebarang jenis perhubungan intim atau seksual dengan klien sekarang, bekas klien atau bakal klien.

Melindungi Klien Ketika Dalam Kaunseling Kelompok

Kaunselor mesti mengambil langkah-langkah untuk melindungi klien daripada trauma fizikal dan psikologikal hasil daripada interaksi di dalam kumpulan. Kefahaman Terawal Tentang BayaranKaunselor mesti menerangkan kepada klien sebelum mereka mengikuti perhubungan kaunseling segala persiapan kewangan yang berkaitan dengan perkhidmatan profesional.Penamatan Sesi KaunselingKaunselor mesti membantu klien membuat persediaan untuk penyambungan semula rawatan apabila perlu berikutan penamatan perhubungan kaunseling.Kaunselor mesti mengelak daripada memulakan atau menamatkan perhubungan kaunseling secepat mungkin sekiranya mereka tidak berupaya membantu klien secara profesional. Kaunselor bolehlah membantu klien dalam membuat rujukan yang bersesuaian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan