Rabu, 9 Disember 2009

Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KONTEKS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling Rakan Sekerja

PTJ SUMBER MANUSIA,

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

DEFINISI PEMIKIRAN DAN BERFIKIR

Pemikiran (thinking) telah mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle. Sebagaimana Aristotle mengatakan bahawa manusia mempunyai banyak persamaan dengan haiwan. Ciri yang membezakan manusia daripada haiwan lain ialah rasionaliti, iaitu keupayaan berfikir. Pada abad ke sembilan belas, pemikiran difinisikan sebagai satu rangkaian idea yang berasosiasi. Difinisi ini dapat menerangkan beberapa jenis pemikiran, tapi tidak semua. Dewey, 1921, mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja.

Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey, 1933, dimana beliau melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar.

Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah. Fraenkel pula berkata, pemikiran adalah pembentukan ide-ide, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat-maklumat dalam bentuk tertentu. Menurut Chaffee pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesai maalah. Pemikiran manusia telah berkembang sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekitaran yang sukar. Konsep beliau itu menyebabkan pakar-pakar psikologi memberi tekanan yang berlebihan kepada pemikiran adaptif dan praktikal. Eksperimen-eksperimen yang mereka buat sentiasa melibatkan para subjek yang berfikir dengan berhempas pulas.

Tujuan berfikir adalah untuk mengumpul maklumat dan mengunakannya sebaik mungkin. Oleh sebab cara minda bekerja untuk menghasilkan corak-corak konsep yang ditetapkan kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya maklumat baru, melainkan dengan mengubahsuai corak-corak pemikiran lama dan mengemaskinikannya. Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau menyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan, usaha itu mengguna fakulti kognitif untuk melaksanakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis dalam proses kemahiran berfikir ini, diantara ketiga-tiga kemahiran ini tujuan utamanya adalah menuju ke arah membuat keputusan dan menyelesai masalah. Dalam pengajaran ketiga-tiga kategori dibawah ini harus kita lihat secara menyeluruh.

1. Kemahiran berfikir secara kreatif.

2. Kemahiran berfikir secara kritis.

3. Kemahiran befikir secara analisis.

PROSES PEMIKIRAN

Nenurut The Dictionary of Psychology (1978), proses ditakrifkan sebagai urutan peristiwa yang berperingkat dan pada setiap peringkat itu terdapat perubahan. Penyelesaian masalah dan membuat keputusan dianggap sebagai proses pemikiran kerana ia mengikut langkah-langkah tertentu. Semua pemikiran ditujukan ke arah menyelesai sesuatu masalah atau memutuskan sesuatu atau kedua-duanya sekali.

Secara umumnya pemikiran ialah sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah dan/atau membuat keputusan. Proses pemikiran adalah “operasi-operasi yang berlaku dalam mental individu”, dimana proses pembentukan konsep dan prinsip. Proses pemahaman, penyelesaian masalah dan membuat keputusan memerlukan operasi mental individu yang kreatif.









ILMU

PENGETAHUAN



SIKAP/

NILAI



KEMAHIRAN

KOGNITIF



PROSES KOGNITIF (BERFIKIR)

Dalam rajah di atas menunjukkan, apabila timbul sesuatu soalan dan kita ingin mencari jawapan. Sebenarnya kita sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapannya, kita menggunakan segala aspek yang terdapat dalam kotak minda kita iaitu:

Apa yang kita tahu ilmu pengetahuan yang berbentuk [1]“declarative dan

procedural knowledge””

Sika dan Nilai penilaian individu terhadap masalah dihadapinya.

Kemahiran kognitif keupayaan ia berfikir

Operasi-operasi mental inilah yang dikatakan ‘kemahiran berfikir’ yang bertindak ke atas maklumat yang diterima melalui deria-deria individu. Kemahiran berfikir ini terdiri daripada kemahiran makro dan kemahiran mikro. Kemahiran berfikir makro merangkumi tiga jenis pemikiran, iaitu pemikiran strategik, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Lazimnya, dua atau ketiga-tiga jenis pemikiran ini terlibat serentak apabila seseorang cuba menyelesai masalah atau membuat keputusan. Pengelolaan jenis-jenis pemikiran ini pula melibatkan pelbagai jenis kemahiran mikro.

PENYELESAIAN MASALAH

DAN Proses

MEMBUAT KEPUTUSAN pemikiran

PEMIKIRAN KRITIS PEMIKIRAN KREATIF Kemahiran

makro

* perbandinagn * inferen * mengesan bias Kemahiran

* ramalan * mengesan maklumat mikro

PEMIKIRAN KRITIS

Pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara reaktif. Dia pandai mengemukakan kritikan-krikan tajam dan membuat penilaian yang perseptif. Budaya intelektual kita secara tradisional mengagungkan kepintaran kritikal, bukan kepintaran kreatif.

The first key to wisdom is constant questioning

.. By doubting we are led to enquiry, and by questioning we discern the truth

Peter Abelard (1079-1142)

Istilah pemikiran kritis (critical thinking) kadangkala disalah tafsir sebagai satu aktiviti semata-mata ‘mengkritik’ iaitu, mencaci, mencari kelemahan, menyalahkan dan sebagainya. Definisi ini adalah tidak tepat sama sekali. Perkataan “critical” dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan kritikos yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan pemahaman. Pemikiran kritikal ini merupakan satu proses pemikiran yang logik, waras, dan reflektif yang memberi fokus kepada sesuatu tindakan yang perlu diambil sama ada menerima atau melakukan sesuatu. Pemikiran kritikal ini, melibatkan perlakuan (disposition) dan kebolehan (abilities) individu.

Dewey (1933) menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif’, iaitu memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu. Menurut Taksonomi Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental, iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pada peringkat yang telah ditetapkan ataupun kriteria yang ditentukan oleh individu berkenaan. Ennis mentakrifkan pemikiran kritis sebagai ‘pemikiran reflektif yang bertumpu kepada memutuskan sama ada sesuatu kritis menggalakkan individu menganalisis penyataan-penyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan.

Kebolehan menilai ialah asas kepada pemikiran kritis; iaitu menilai idea, bukti cadangan, tindakan dan penyelesaian. Pelajar yang berfikir dengan kritis membuat penilaian sama ada hendak menerima sesuatu alasan itu sebagai munasabah; menggunakan kriteria atau nilai tara yang dipersetujui untuk menilai alasan berkenaan, menggunakan pelbagai strategi penaakulan dalam perlaksanaan kriteria atau standard tersebut; dan mencari maklumat yang boleh dipercayai sebagai bukti yang menyokong keputusan yang dibuat. Tujuan mengajar pemikiran kritikal adalah supaya individu-individu boleh berfikir secara adil, objektif dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindak-tanduknya. Pelajar yang diajar berfikir secara kritis; belajar cara menyoal; iaitu, bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul; iaitu, bila menggunakan penaakulan dan kaedah penaakulan yang hendak digunakan (Fisher, 1992). Dalam proses pemikiran kritikal ini, pelajar perlu memahirkan diri mereka dalam beberapa aspek, diantara kemahiran yang diperlukan ialah:

  • mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas.
  • berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan.
  • sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan bahan-bahan rujukan.
  • mengambil kira semua perkara dalam sesuatu situasi.
  • menumpukan kepada beberapa isi-isi penting.
  • mencari pilihan-pilihan atau alternatif lain jika ada.
  • fikiran terbuka (open minded).
  • sensitif kepada pemikiran dan tindak-tanduk orang lain.

KEMAHIRAN MIKRO

Jika pemikiran kritis ingin diperkembangkan, adalah penting untuk memperincikan jenis pemikiran ini kepada kemahiran-kemahiran mikro yang mudah dioperasikan dalam bilik darjah. Berbagai-bagai cadangan telah dikemukakan tentang komponen-komponen pemikiran kritis. Ennis (1962) merupakan orang pertama yang memperincikan pemikiran kritis kepada beberapa kemahiran mikro seperti dalam jadual dibawah ini.

memberi pendapat mempertahankan idea

menguji hipotesis menolak . menerima pandangan

mengadili mengutamakan

mentafsir menilai kebaikan / keburukan

menyokong pendapat menentukan kesahan

memastikan sumber menentukan kebolehpercayaan

membuat inferen membanding / membeza

mengelas / kategori meringkas

Menghubung kait

* kronologi * bentuk perkataan

* sebab-kesan * bentuk grafik

* perbezaan * fakta dan andaian

mengesan falasi fakta dan pendapat

Kemahiran-kemahiran ini penting untuk membantu individu berfikir secara rasional tentang pelbagai isu dan masalah dalam bilik darjah, di tempat kerja serta memahami hak dan tanggungjawab seorang warganegara. Pemikiran kritis diperincikan kepada kemahiran-kemahiran ini supaya mudah dioperasikan ke dalam bilik darjah. Setiap kemahiran ini dapat ditafsirkan dan diajar secara eksplisit melalui mata pelajaran tertentu. Inferens ialah kesimpulan atau penilaian yang kita buat berdasarkan bukti-bukti ataupun andaian-andaian yang ada dalam kepada kita. Istilah lain untuk inferens ialah taabiran. Setiap kali kita membuat inferens kita mempunyai dalil-dalil dan alasan-alaan yang kuat.

DISPOSISI (SIKAP)

Sikap ialah suatu keadaan mental di mana kita sentiasa sudah siap sedia untuk bertindak balas berdasarkan nilai-nilai peribadi kita sendiri. Sikap kita selalunya ada kaitan dengan emosi. Kalau kita menentang sesuatu idea dengan kerasnya, kita selalu menentang idea tersebut dengan emosi juga. Dalam keadaan begini emosi kita mempengaruhi pemikiran dan oleh demikian ia menjejaskan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan yang kita buat. Seorang pemikir kritis tidak hanya cekap menggunakan kemahiran mikro sahaja tetapi juga mempunyai disposisi atau sikap tertentu. Dengan perkataan lain, individu yang berfikir dengan kritis tidak hanya mahir menilai maklumat tetapi juga seorang yang:

· berfikiran rasional. Perkataan rational dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan ratio (atau nisbah) yang bermakna balance (atau seimbang). Pelajar yang menaakul dengan kritis dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan. Dia juga dianggap mempunyai kemahiran pengadilan (judgement), iaitu dapat mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukakan oleh pihak tertentu.

· Ingin tahu dan minda terbuka. Menurut Chaffee (1988), seorang boleh dianggap pemikir kritis sekirannya dia sanggup mendengar dan meneliti cadangan dan idea orang lain; dia menangguhkan pengadilan apabila maklumat tidak lengkap.

· Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan; dia memastikan mempunyai maklumat yang mencukupi.

· sentiasa mencari alternatif dan sensitif terhadap perasaan orang lain.

PEMIKIRAN KREATIF

Menurut Dr. Edward de Bono, pemikiran kreatif termasuk di dalam pemikiran paralel. Pemikiran lateral termasuk di dalam pemikiran kreatif. Pemikiran paralel bukan setakat pemikiran kreatif sahaja. Idea-idea yang difikirkan secara paralel tidak semestinya idea-idea kreatif. Ada banyak kaedah kaedah berfikir untuk menerbitkan idea-idea baru. Pemikiran lateral ialah kaedah yang dicipta oleh Dr. Edward de Bono untuk menerbit idea-idea kreatif dengan menggunakan teknik-teknik formal. Jadi, pemikiran lateral adalah termasuk di dalam pemikiran kreatif.

Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited,

whereas imagination embrances the entire world. (Albert Einstein)

Pemikiran kreatif adalah kebolehah individu-individu mengeluarkan idea-idea untuk mencapai sesuatu, pemikiran yang menghasilkan produk-produk yang kreatif. Penduduk di Malaysia ini adalah kreatif, cuma yang berbeza ialah sejauh manakah individu itu berjaya memperkembangkan potensi kreativitinya. Sesetengah individu berjaya menunjukkan kreativitinya manakala individu lain menyimpannya sebagai bakat terpendam. Seperti mana disarankan oleh Hilgard (1960);

The capacity to create useful or beautiful products and to find ways of resolving perplexity is not limited to the highly gifted person, but is the birthright of every person of average talent (h:62)

Juga kreativitinya tidak hanya bertumpu kepada kemahiran menghasilkan sajak (seperti Omar Khayam, Usman Awang, Tagore atau John Keats), lukisan (seperti Leonardo Da Vinci atau Latif Mohiden) dan muzik (seperti Mozart, Ravi Shanker atau P. Ramlee. Ini merupakan konsepsi-konsepsi lazim tentang orang yang kreatif. Sepanjang hayat, kita dididik supaya berfikir secara logikal, sistematik dan objektif. Kita kurang digalakkan menggunakan intuisi dan imaginasi dan ini sedikit sebanyak menghalang kita menjadi kreatif. Seperti mana diusik oleh Socrates, “Sesuatu yang digunakan menjadi kuat dan berkembang manakala sesuatu yang tidak digunakan akan layu dan mati”.

Pemikiran kreatif dikaitkan dengan pemikiran yang asli dan kewujudan idea-idea baru. Lazimnya, pemikiran kreatif melibatkan penghasilan sesutau seperti likisan, sajak, teori saintifik, jenis perniagaan baru, iklan yang inovatif, jenaka yang luar biasa dan sebagainya. Malangnya, dalam sistem persekolahan penggunaan otak kanan kurang dititikberatkan sebab kebanyakan yang dilakukan telah pun ditentukan dan oleh itu pelajar tidak dikehendaki menghasil sesuatu yang baru atau luar biasa.

Pemikiran kreatif dikaitkan dengan pemikiran yang asli dan kewujudan idea-iea baru. Lazimnya, pemikiran kreatif melibatkan penghasilan sesuatu seperti lukisan, sajak, teori asintifik, jenis perniagaan baru, iklan baru, iklan yang inovatif, jenaka yang luar biasa dan sebagainya. Pemikiran kreatif juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazimnya digunakan, iaitu berkebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berlainan.

Halpern (1984) mentakrif pemikiran kreatif sebagai kebolehan membina kombinasi idea-idea bagi memenuhi sesuatu keperluan. Perkins (1984) menyifatkan pemikiran kreatif sebagai menghasil sesuatu yang kreatif, iaitu hasil pelajar diuji berdasarkan kriteria bagi menentukan sama ada hasil itu benar-benar kreatif atau asli.

Hasil itu mungkin merupakan sesuatu keputusan, sesuatu kesimpulan, pembentukan hipotesis atau sesuatu seperti lukisan, sajak atau kaedah melakukan sesuatu (lihat rajah di bawah). Dengan lain perkataan kreativiti mestilah merupakan suatu hasil. Kreativiti wujud hasil daripada pelaburan masa, penyediaan atau ketekunan. Ini adalah bertentangan dengan setengah-setengah pendapat yang mengatakan kreativiti memerlukan ketekunan kerja dan pemikiran bertumpu. Prasyarat kreativiti ialah kejituan, ketekunan dan menceburi sesuatu isu untuk masa yang lama.

Kreativiti memerlukan konsentrasi dan keazaman yang kuat, desikasi dan disiplin kendiri Ini berlainan dengan pandangan sesetengah orang yang mengatakan kreativiti wujud daripada inspirasi tanpa usaha atau dengan spontan tanpa pemikiran yang lama dan usaha kepada sesuatu yang dianggap oleh orang lain sebagai tidak berhasil atau berfaedah. Selain usaha dan masa, individu kreatif berani mengambil risiko mencapai matlamat mereka dan menolak alternatif-alternatif yang ternyata kerana mereka ingin mencari yang lain dan luar biasa. Mereka tidak puas jika sesuatu itu hanya ‘lebih kurang’, tetapi sentiasa ingin mencari sesuatu yang lebih sempurna, lebih efisien, dapat menjimatkan sedikit masa atau dapat berjalan dengan lebih baik.

Kreativiti memerlukan motiivasi intrinsik seperti desikasi, sanggup bertungkus-lumus dan ingin terlibat dengan idea. Juga indiivdu yang kreatif menentukan kreteria mereka sendiri untuk menilai hasil mereka dan bukan dinilai oleh orang lain. Pelajar harus digalakkan melibatkan diri dalam tugas-tugas yang mereka sendiri minat dan dapat kejayaan: serta apa yang mereka mungkin jumpa. Aspek-aspek tentang kreativiti:

· perlu daya uasaha dan perancangan

· sentiasa berusaha dan mengambil risiko supaya mencapai kearah yang lebih baik.

· membuat penilaian secara luaran.

· membentuk semula idea-idea - mengguna model, analogi, dll.

· boleh ditingkakan sekiranya seseorang itu berhenti memikirkan secara inensif tentang sesuatu supaya pemikiranyang tidak terganggu boleh berlaku.

Kreativiti melibatkan penyusunan semula idea-idea. Ini ditakrifkan sebagai ‘pemikiran fleksibel’ oleh Perkins (1984); ‘pemikiran bercapah’ oleh Guilford (1967) dan ‘pemikiran lateral’ oleh Bono (1970).

KEMAHIRAN MIKRO

ciptaan melahirkan baiki meneka

rekaan wujud ubahsuai anggaran

pelan imaginasi cadangan idea baru

rancangan hasilan ekstrapolasi pendapat

elaborasi abstraksi fantasi baru

inferen inovasi rumusan susun

ramalan spekulasi wawasan semula

binaan alternatif adaptasi semula

Pemikiran kreatif melibatkan kebolehan yang berkaitan dengan kefasihan (fluency), kelenturan (flexibility), keaslian (originality) dan perkembangan elaboration’. Kefasihan ialah kebolehan menghasilkan seberapa banyak idea yang boleh dipelbagaikan; dan kebolehan melihat berbagai-bagai kaitan dan pola.

Fleksibiliti ialah kemahiran keluar daripada pendekatan yang biasa untuk menyelesai masalah, menguji andaian-andaian dan memperkembangkan perspektif baru. Keaslian ialah kebolehan menghasilkan idea-idea yang asal yang tidak pernah lagi diperkenalkan. Perkembangan ialah kebolehan menambahkan detil kepada idea-idea asas yang dihasilkan.

HALANGAN KEPADA PEMIKIRAN KREATIF

Terdapat berbagai-bagai rintangan kepada pemikiran kreatif, iaitu perkara-perkara yang menghalang manusia menjadi lebih kreatif. Halangan-halangan ini boleh dikelaskan sebagai ‘dalaman’ dan ‘luaran’ (VanGrundy, 1991). Halangan dalaman ialah rancangan yang wujud daripada diri sendiri seperti takut dikritik atau takut gagal. Sebaliknya halangan-halangan luaran seperti persekitaran atau kebudayaan seseorang yang tidak menggalakkan individu menyoal (lihat rajah).

Tidak dapat mengenai pasti masalah yang hendak diselesaikan.

Memberi perhatian kepada apa yang kita ingin lihat sahaja.

Cadangan! Gagal menggunakan semua deria.

Idea! Kesukaran mencari hubung kaitan di antara maklumat yang tidak berkaitan

Reka Cipta! Takut gagal.

Inovasi! Takut dikritik jika mencadangkan idea baru.

Takut mengambil risiko.

Gagal mengeram.

Toleransi terhadap ambiguiti rendah.

PRINSIP-PRINSIP BERFIKIR

Dr. Edward de Bono menurunkan dua belas prinsip berfikir:

1. Sentiasa bersikap konstruktif:

Ramai orang percaya cara berfikir yang terbaik ialah cara kritikal. Ini membuat mereka suka membuktikan apa-apa saja yang orang lain buat atau katakan adalah salah dan perlu dibetulkan atau ditolak saja. Inai habit yang negatif. Pemikiran kritikal tidak mencipta apa-apa. Ia hanya boleh membuktikan sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah. Ini tidak cukup. Kita perlu bersikap positif dan konstruktif.

2. Fikir perlahan-lahan dan fikir secara simpel:

Fikir perlahan-lahan bukan bermakna berfikir lambat-lambat. Banyak boleh kita fikir apabila kita berfikir perlahan-lahan. Kita patut berfikir dengan cepat-cepat apabila dalam keadaan cemas sahaja. Sentiasa berfikir secara simpel dan mudah. Jangan suka menyusah-nyusahkan perkara elok apabila kita hendak tunjuk pandai pada orang lain.

3. Lupakan ego kita, cuba lihat balik cara kita berfikir:

Apabila kita berfikir, ego kita suka ikut campur. Idea kita tentu lebih baik. Cara kita berfikir tentu betul. Kalau begini cara kita berfikir, kita tak dapat belajar memperbaiki kemahiran kita berfikir.

4. Apa tujuan kita berfikir?

Semasa berfikir, berhenti sejenak. Tanya pada diri sendiri, apa tujuan asal kita berfikir? Apa yang cuba kita capai? Apa hasil yang kita harapkan? Apa teknik yang kita gunakan? Kalau kita tidak berhenti dan bertanya semula perkara-perkara itu, nanti kita berfikir berputar-putar dan fikiran kita hanyut entah ke mana. Lain tujuan asal kita, lain yang kita fikirkan.

5. Tukar-tukar gear dalam otak kita:

Kita perlu tahu bila masanya kita perlu berfikir secara logik dan bila kita perlu berfikir secara kreatif. seperti waktu kita menaiki motosikal atau memandu kereta, kita akan memilih gear-gear yang sesuai dengan keadaan. Kita tidak naik motorsikal dengan satu gear sepanjang masa.

6. Apa hasil pemikiran saya?

Kita mesti menentukan dengan jelas apa hasil yang hendak kita perolehi apabila berfikir. Kalau tidak, nanti sia-sia sahaja kita berfikir. Apakah kita mahu mencari idea alternatif, membuat pilihan dan keputusan, membuat kesimpulan, membuat penilaian atau apa? Kenapa kita yakin hasil pemikiran itu boleh jalan? Cuba fikirkan baik-baik. Setelah habis berfikir, apa yang hendak kita buat? Kita perlu fikirkan tindakan-tindakan lanjut yang akan kita buat.

7. Beri tempat pada emosi dan perasaan:

Dalam logik kita tidak dibenarkan berfikir dengan menggunakan emosi dan perasaan. Ini memang betul, terutama dalam bidang sains dan matematik. Di luar kedua-dua bidang itu, berfikir selalu melibatkan manusia. Oleh yang demikian, emosi dan perasaan menjadi penting. Kita perlu ambil kira emosi dan perasaan orang lain. Oleh itu sewaktu berfikir kita boleh menggunakan emosi dan perasaan kita sendiri. Tetapi jangan gunakan emosi dan perasaan sebelum kita melihat segala alternatif dan kemungkinan. Kalau itu kita lakukan, ia akan menyempitkan persepsi kita. Akibatnya, kita tidak dapat mencari atau mencipta sebanyak-banyak alternatif. Oleh itu fikirkan alternatif-alternatif dahlu, kemudian baru gunakan emosi dan perasaan sewaktu membuat pilihan dan keputusan.

8. Sentiasa fikirkan alternatif lain:

pada setiap masa fikirkan alternatif-alternatif lain, penjelasan-penjelasan lain, tafsiran-tafsiran lain, pendekatan-pendektana lain, tindakan-tindakan lain yang boleh diambil dan seterusnya.

9. Tukar ganti antara berfikir secara luas dan secara terperinci:

Supaya idea kita betul-betul praktikal, iaitu benar-benar boleh jalan, kita perlu memikirkan perkara yang terperinci berkenaan idea itu. Tiap-tiap aspek mesti difikirkan dengan telii supaya betul. Tapi, untuk menerbitkan idea-idea alternatif kita perlu berfikir secara luas dan abstrak. Kita berfikir begini untuk mencipta idea-idea baru, bergerak dari satu idea kepada idea-idea lain, melihat kaitan antara idea-idea yang ada dan menggabung-gabungkan idea-idea itu. Pemikir yang mahir tahu bila masanya kita mesti menukar-nukar antara dua cara berfikir itu.

10. Membezakan antara “yang sepatutnya” dengan “yang mungkin””:

Setiap kali kita percaya sesuatu iu benar kita akan berkata “Ini yang sepatutnya”. Ini cara berfikir logik kerana logik adalah suatu set peraturan. Tetapi logik hanya betul kalau premisnya betul. Kalau premisnya salah, logik yang betul pun tidak berguna kerana premis yang salah menghasilkan kesimpulan yang salah. Kita mesti periksa betul-betul adakah apa yang kita katakan “sepatutnya” benar-benar patut begitu.

11. Perbezaan pendapat dan perbezaan persepsi:

Kita selalu menghadapi keadaan di mana ada beberapa pendapat saling bertentangan. Dalam keadaan begitu, kita selalu berasa, tentu hanya satu daripada pendapat-pendapat saling bertentangan. Dalam keadaan begitu, kita selalu berasa, tentu hanya satu daripada pendapat-pendapat itu yang betul. Lalu kita akan buktikan mana-mana pendapat yang bertentangan sebagai pendapat yang salah. Tapi kita perlu ingat, pendapat-pendapat yang kita katakan salah itu mungkin sama betuinya dengan pendapat kita. Pendapat-pendapat itu mungkin berdasarkan persepsi-persepsi yang berbeza, berdasarkan maklumat-maklumat yang berlainan, juga berdasarkan pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai berlainan. Ia juga mungkin berdasarkan perbezaan pada cara kita melihat dunia kita. Inilah punca kita berbahas, berbalah dan berkonflik. Dalam menghadapi perselisihan pendapat, apa yang boleh kita buat ialah kita buat ialah kita letakkan semua pendapat-pendapat itu selari antara satu sama lain dan bandingkan secara objektif.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai:

Ada pemikiran yang tidak berakhir dengan tindakan. Kita hanya berfikir. Contohnya, kita mungkin berfikir tentang perkara-perkara yang tidak melibatkan tindakan. Umpamanya, kita berfikir tentang pemikiran-pemikiran orang lain. Ada pemikiran yang menghasilkan tindakan. Pemikiran yang menghasilkan rancangan, keputusan, pilihan dan idea akan diikuti oleh tindakan. Setiap tindakan akan menerbitkan kesan. Antara kesan-kesan itu ada yang melibatkan manusia lain. Oleh itu ia melibatkan nilai-nilai yang dipengang oleh mereka. Kita perlu memikirkan bagaimana perbuatan dan tindakan kita akan menjejaskan pelbagai nilai-nilai orang lain.

PEMIKIRAN BIASA

Semua orang berfikir, tetapi kebanyakan dari kita tidak tahu teknik-teknik berfikir yang kita gunakan. Kita menggunakan teknik yang kita pelajri secara tidak sedar semasa menjalani kehidupan harian. Teknik-teknik itu diistilahkan teknik pemikiran biasa. Antara ciri-ciri utama pemikiran biasa ialah:

1. Salah satu sifat minda kita ialah, jika ia terdengar sesuatu idea sebanyak tiga atau lebih, maka hal itu akan dianggap lebih benar daripada apa yang didengar sekali sahaja. Perulangan menguasai minda kita dan mempengaruhi cara bagaimana minda kita memproses apa yang didengar.

2. Pemikiran biasa sering kali dikongkong oleh apa yang dilihat oleh mata (persepsi). Warna yang cerah dan garang membuat kita percaya bahawa benda itu lebih penting daripada apa-apa yang berwarna lembut atau pudar. Orang yang bertumbuh tinggi dan tegap dianggap paling penting di dalam sesuatu majlis.

3. Satu lagi ciri pemikiran biasa ialah ia akan tunduk kepada niat dan kepentingan peribadi. Idea-idea dan malumat yang diterima oleh minda dipengaruhi oleh apa kaitan antara idea itu dengan niat dan kepentingan peribadi. Apa-apa yang bertentangan dengan kepentingan peribadi akan diketepikan.

4. Pemikiran biasa tidak seimbang sama sekali. Kalau seorang pelajar Melayu lemah matematik, semua pelajar Melayu dikatakan lemah matematik.

5. Pemikiran biasa mengutamakan kepentingan.

6. Pemikiran biasa dipengaruhi dengan kuatnya oleh pengalaman-pengalaman peribadi, bukan pengalaman daripada sumber-sumber lain. Apa yang kita alami adalah lebih penting daripada pengalaman orang lain.

7. Pemikiran biasa kerap melihat sesuatu secara sempurna, tidak ada kecualian langsung. Begitu juga ia suka melihat sesuatu dari sudut yang ekstrim, tidak ada pertengahan. Kalau seorang pekedai menipu timbangan, semua pekedai menipu timbangan.

Supaya kita memiliki keupayaan berfikir menggunakan teknik-teknik yang berkesan kita perlu mengikis kecenderungan kita berfikir menggunakan pemikiran biasa kita. Pemikiran biasa tidak berdaya menghasilkan pandangan-pandangan idea-idea yang bermutu. Oleh yang demikian kita perlu mempelajari teknik-teknik berfikir yang canggih.

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Pendidikan latihan berfikir perlu diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Latihan ini bukan hanya ditekankan kepada pelajar-pelajar yang telah dapat menunjukkan pencapaian tinggi di dalam mata pelajaran akademik, malah latihan ini perlu disarankan kepada pelajar yang lemah supaya dapat meningkatkan lagi taraf pembelajaran mereka. Guru-guru perlu mengambil daya inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar dengan cara mereka sendiri. Salah satu aspek yang diperlukan oleh murid-murid apabila mereka belajar berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah mereka pelajari itu kepada situasi-situasi lain.

Edward de Bono, 1976, di dalam Teaching Thinking menyenaraikan tujuh pendekatan tradisional mengajar kemahiran berfikir iaitu:

1. Logik formal: Menurut de Bono pendekatan ini merupakan usaha paling jelas untuk mengajar sebagai suatu kemahiran sengaja (deliberate skill).

2. Sebagai produk sampingan daripada pengajaran subjek-subjek lain: pendekatan ini percaya pengajaran apa-apa mata pelajaran akan menghasilkan kemahiran berfikir kerana dalam proses belajar, para pelajar terpaksa berfikir;

3. Melalui pengajaran subjek khusus: Di Eropah pada satu masa dulu, pengajaran bahasa Latin disyakini akan melatih para pelajar mengembangkan minda pelajar melalui kemahiran berfikir;

4. Melalui perbahasan dan perbincangan: di mana ia dipercayai berkesan untuk melatih seseorang berfikir;

5. Dengan menggunakan permainan, teka-teki dan simulasi, di mana oleh kerana dalam permainan aspek-aspek seperti strategi, perancangan dan keputusan adalah penting, maka ia sesuai sebagai bahan latihan berfikir;

6. Melalui pengajaran falsafah, di mana dipercayai dengan mengajarkan falsafah dan sejarah idea di mana dihuraikan bagaimana orang lain berfikir, maka para pelajar akan belajar berfikir;

7. Melalui pengajaran psikologi, di mana dengan mengajarkan ciri-ciri kemahiran berfikir dipercayai para pelajar akan mendapat kemahiran tersebut.

Nickerson 1988, telah mengatakan bahawa untuk mendapatkan keberkesanan strategi latihan mengajar kemahiran berfikir ini bergantung pada apa-apa strategi yang diajarkan dan bagaimana strategi itu diajarkan. Kebanyakan pakar telah mencadangkan pelbagai jenis kaedah yang agak berkesan, diantaranya murid-murid boleh diajarkan komponen-komponen kemahiran berfikir secara langsung, dimana para pelajar diberikan latihan-latihan berfikir dan dalam masa yang sama pelajar biberikan panduan-panduan bagaimana untuk melakukannya.

Menggunakan kaedah “modelling”, dalam kaedah ini guru menunjukkan bagaimana dia sendiri menggunakan sesuatu prosedur berfikir di depan murid-murid supaya kemudian dapat ditiru oleh murid. Ada kalanya mereka mengucapkan apa yang mereka fikirkan supaya dapat didengar oleh pelajar. Collins, Seely-Brown and Newman 1989, menggunakan istilah perantisan kognitif (cognitive apprenticeship).

Kaedah pembelajaran kooperatif, melalui kaedah ini pula guru-guru atau pelatih kemahiran berfikir akan membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan untuk melakukan sesi perbincangan dalam kumpulan atau secara berpasangan (Whimbey and Lochhead, 1984). Palinscar and Brown, 1984, mengemukakan istilah “pengajaran resiprokal” (reciprocal teaching) Menggabungkan kaedah pembelajaran kooperatif dengan kaedah modelling, dimana mula-mula guru melakukan modelling dan kemudian pelajar-pelajar belajar secara kooperatif. Edwars de Bono, 1973, juga telah menggunakan kaedah pembelajaran secara kooperatif.

Metakognisi adalah cara pemikiran yang tinggi, dengan menggunakan kaedah metakognisi ini dapat meningkatkan kesedaran pada proses-proses mental dan mengawal cara seseorang itu melakukan aktiviti berfikir. Kaedah ini telah digunakan oleh Flavell, 1976; Haller, Child and Walberg, 1988. Novak and Gowin, 1984 menggunakan peta kognitif untuk menzahirkan (externaliza) proses-proses mental manakala kaedah menyoal atau kaedah “dialogikal” digunakan oleh Paul, 1984. Untuk mendapatkan kesan yang baik daripada usaha mengajar murid-murid berfikir, guru atau pendidik perlu memerhatikan latihan-latihan yang diberikan itu memberi makna (significance) kepada pelajar. Latihan yang diberikan itu perlu ada timbul minat untuk belajar di dalam bilik darjah atau dimana sahaja situasi mereka dapat menaplikasikannya.

Memastikan latihan-latihan yang diberikan itu menyeronokkan pelajar untuk berlatih berfikir. Latihan-latihan yang diberikan itu boleh menolong murid-murid belajar mata-mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar oleh kerana dengan menggunakan kemahiran berfikir pelajar dapat mengawal, memandu dan mengukur kemajuan mereka belajar, dan mereka dapat menggunakan pengetahuan yang sudah mereka pelajari dengan lebih produktif lagi.

Pelajar dapat menggunakan keupayaan mengawal, memandu dan mengukur kemajuan diri meninggikan lagi aras motivasi dalam diri para pelajar itu sendiri. Ia juga akan mendorong para pelajar supaya lebih bersedia mengambil risiko, akan meninggikan estim dan kemerdekaan diri pelajar-pelajar. Oleh kerana belajar terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan sikap, maka kemahiran berfikir adalah sama pentingnya dengan kemahiran belajar.

CARA MENGAPLIKASI DI BILIK DARJAH

Mengadakan aktiviti-aktiviti atau kurukulum pemikiran kritikal dan menyediakan bahan yang dapat membantu atau menyokong buku teks yang tersedia ada. Mengadakan aktiviti-aktiviti perbahasan dan perbincangan di dalam kumpulan. Mewujudkan simulasi-simulasi atau “role model” kepada pelajar-pelajar yang boleh menimbulkan pandangan yang bertentangan.

Berbagai kaedah dapat di implemtasikan bagi menwujudkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah malah di pusat pengajian tinggi. Mengadakan aktiviti yang lebih mencabar minda mereka dengan aktiviti menganalisis akhbar dan artikel yang bertentangan dengan pandangan sewajarnya untuk dibincang oleh pelajar. Dapatkan pelajar membaca dan mengulas literatur yang mempunyai nilai-nilai dan unsur tradisi yang berbeza.

PENILAIAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR

Tidak banyak penyelidikan yang telah di lakukan, untuk membuat penilaian keatas program-program mengajar kemahiran berfikir. Menurut Maclure dan Davies, 1991, penilaian yang pernah dilakukan cara kecil-kecilan yang melibatkan kumpulan kecil dan menggunakan kaedah-kaedah yang terbatas keberkesanannya. Pada masa ini terdapat banyak program latihan kemahiran berfikir, masing-masing menunjukkan kepelbagaian teori, perbahasan dan pengguna sasaran. Kajian-kajian ke atas kesan program kemahiran berfikir kepada pelajar-pelajar sekolah telah dilakukan oleh para penyelidik seperti Edwards and Baldauf, 1983, 1987. John Edwards, 1991, melaporkan penilaian yang dibuat di Australia menunjukkan pengajaran program CoRT menghasilkan peningkatan signifikan pada pelbagai ukuran, termasuk ukuran IQ dan senarai soalan Pendekatan Berfikir (Thinking Approaches).

ALAT BERFIKIR

Untuk kegiatan berfikir, Dr. Edward de Bono telah mencipta pelbagai alat untuk aktiviti berfikir. Setiap kali kita memikirkan apa-apa, kita perlukan kerangka “hala arah” fikiran. Kita tidak dapat memikirkan bermacam-macam perkara serentak pada satu masa. Kita perlukan alat-alat untuk menghalakan arah kita berfikir. Alat ini penting supaya apabila kita berfikir, otak kita tidak bercelaru dan membuat kita keliru. Kita memerlukan satu perkara pada satu masa, dan buat begitu satu demi satu supaya kita betul-betul siap memikirkan tiap-tiap perkara itu. Kemahiran berfikir ini adalah baik di lakukan di sekolah-sekolah ataupu di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai satu kurikulum mata pelajaran. Ia boleh digunakan dalam pelbagai disiplin pengajian dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maclure, S and Davies, P. 1991, mengenal pasti tiga pendekatan kajian berfikir dalam pendidikan:

Pendekatan ‘kemahiran’ atau pendekatan ‘langsung’. Pakar-pakar di dalam golongan ini termasuk Dr. Edwrd de Bono yang mencipta kaedah CoRT (Cognitif Research Trust), dan Prof. Reuven Feuerstein, pencipta kaedah EI (Instrumental Enrichment). Pendekatan model ‘infusi’ atau ‘penyebatian’ - Pakar-pakar golongan ini termasuklah Prof. Antoine de la Garanderie dari Perancis kauedah projek FACE di Finland dan Beyer. Golongan yang mencurigai keberkesanan apa-apa cara khusus untuk mengajar berfikir. Mereka berminat dalam penerapan pengetahuan dalam bidang kognitif bagi membantu pengajaran berfikir. Pada waktu yang sama mereka beranggapan berfikir adalah produk sampingan pedagogi dan disiplin-disiplin tradisionsl

PROGRAM CoRT oleh Edward de Bono

Program CoRT mengandungi enam bahagian. Tiap-tiap bahagian mengandungi sepuluh pelajaran.

CoRT 1 : Keluasan persepsi

CoRT 2 : Organisasi proses berfikir

CoRT 3 : Intraksi, argumen, pemikiran kritikal

CoRT 4 : Pemikiran kreatif

CoRT 5 : Maklumat dan perasaan

CoRT 6 : Tindakan (kerangka untuk berfikir langkah-demi langkah).

Program CoRT direkacipta untuk meliputi aspek-aspek pemikiran kreatif, konstruktif dan kritikal. Edward de Bono menyarankan supaya CoRT 1, sentiasa diajarkan dahulu. Selepas itu bahagian-bahagian lain boleh diperkenalkan apabila dikehendaki. Program CoRT 1 mengandungi sepuluh pelajaran. Tiap pelajaran dicetak pada lembaran berasingan.

Lembaran 1 ; PMI (Plus, Minus, Interesting):

Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan (Plus), keburukan (Minus) dan menarik (Interesting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini ialah supaya pelajar meluaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. Alat ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa di mana seseorang terdorong untuk membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Gunakanlah alat PMI ini sebelum kita membuat sebarang keputusan dan tindakan. Kaedah PMI membuat kita luas pandangan. Ramai individu yang pintar-pintar, apabila mereka berfikir, mereka gunakan otak dan pengetahuan mereka untuk mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul. Biasanya ini mereka lakukan dengan membuktikan pandangan dan pendapat orang-orang lain yang tidak selaras dengan pendapat mereka sebagai pendapat yang salah.

Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada pelajar, guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas supaya mereka faham. Kaedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian keatas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar: itu salah, ini betul; itu halal, ini haram; itu untung, ini rugi; dan macam-macam penilaian lain. Penilaian itu mereka buat berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu alat untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu. Pmi memaksa kita supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. Ia menghendaki kita supaya memikirkan dahulu situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan. PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Ia menolong kita memandang kepada banyak hala. Hasilnya persepsi kita akanmenjadi luas. Pandangan kita juga ikut luas. Dengan demikian fikiran kita tidak sempit. PMI ini satu alat berfikir yang mudah dipakai oleh kita. Ia sangat sesuai dengan kehidupan sehari-jari. Menurut Dr. Edward de Bono, alat ini amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah.

Lembaran 2: CAF (Consider All Factors):

CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat yang di perkenalkan oleh Dr. Edward de Bono untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita berfikir, otak kita menonong menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor mesti kita cari sebelum membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah.

Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari. CAF ialah alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Oleh itu ia dapat menolong persepsi kita jadi luas supaya pendapat dan keputusan-keputusan yang kita buat menjadi lebih baik.

Lembaran 3: Peraturan (Rules):

Latihan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat satu kerangka persoalan yang difikirkan untuk menyelesaikan masalah atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua faktor-faktor (CAF) dan dalam mana yang baik, yang buruk dan yang menarik (PMI). Pelajar akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-peraturan baru. PMI digunakan untuk menyorot peraturan yang sudah sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan.

Lembaran 4: C & S (Consequence and Sequel)

Kesan dan akibat daripada kesan ini, selalu disebut ‘C’ dan ‘S’, digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan untuk membuat penilaian. C & S boleh digunakan untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan, membantu kita melihat jauh ke hadapan, membuat kita “panjang akal” dan ia boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV.

Latihan ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat-akibat keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat berfikir yang paling berguna. Selalunya, setelah kita habis berfikir, kita akan membuat keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Keputusan yang kita buat hari ini akan menimbulkan kesan-kesannya pada hari esok dan masa depan. Guru atau pendidik kemahiran berfikir ini perlu menekankan bahawa kaedah C & S merupakan satu alat untuk melihat jauh kedepan, ke masa akan datang. Ia membantu kita untuk berfikir jauh ke depan sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan hanya fikir untung sekarang, fikirkan juga rugi esok atau lusa. Masa depan masih jauh. Ia serba tidak pasti. Sukar untuk meramalkan apa yang akan terjadi. Tapi masa depan ialah suatu faktor yang mesti difikirkan juga. Ia melibatkan nasib kita. Ia juga melibatkan nasib orang-orang lain. Ia mesti diambil kira, walaupun ia serba tidak jelas dan tidak pasti.

Kita tidak mungkin dapat meramalkan masa depan dengan tepat. Kita tidak ada maklumat sama sekali tentang masa depan. Maklumat hanya ada apabila telah berlaku. Maka itulah sebabnya sangat penting supaya kita fikirkan masa depan bagi setiap keputusan yang kita buat sekarang. Apabila kita sudah membuat pilihan, mari kita cuba ramalkan apa akan jadi kalau kita teruskan rancangan kita itu. Apakah kesan-kesan utama dan kesan-kesan sampingan yang akan kita hadapi dan apa yang akan terjadi selanjutnya nanti. Pelajar perlu di tekankan juga, sebelum kita membuat sebarang pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk mendapat pilihan yang tepat. Begitu juga keatas semua alternatif yang ada di depan kita. Lihat alternatif mana yang paling baik dan paling selamat. Buat C & S, FIP dan PMI bersama-sama. Alat-alat itu akan menolong pelajar membuat pilihan terbaik.

Lembaran 5: AGO (Aims, Goals, and Objectives):

Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan objektif (Objectives) atau ia dikenali sebagai AGO, ini dapat memperluaskan sudut pandangan kita dan menolong kita membuat fokos yang betul semasa berfikir serta menolong kita sentiasa ingat tujuan asal kita berfikir supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspek-aspek “oleh sebab” dan “supaya” untuk menjuruskan mereka berfikir cara memfokuskan persoalan yang hendak di selesaikan. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Kerap kali kita berfikir berputar-putar, kadang-kadang menyeleweng adakalanya fikiran kita menghadapi jalan buntu. Dalam keadaan begitu, kita terlupa objektif asal kita mula-mula berfikir. Kita mesti ada fokus apabila berfikir. Otak kita jangan merewang-rewang, otak kita sentiasa ingat pada objektif kita berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajar-pelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangn itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu.

Lembaran 6: Perancangan (Planning):

Latihan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih melakukan C & S, AGO, PMI dan CAF. Guru akan melihat akan kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajar-pelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan. Pelajar akan mendapat satu kemahiran menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka menaplikasikan ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

Lembaran 7: FIP (First Important Priorities):

Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang menjadi prioroti, ialah satu alat untuk membuat fokus pada apa yang penting. Setelah pelajar-pelajar menggunakan alat-alat lain (PMI, CAF, C&S, dan AGO) barulah mereka menggunakan FIP. Kaeedah ini juga membantu kita berfikir secara terfokus dan ia hanya mengambil kira perkara-perkara yang penting sahaja.

FIP mengingatkan kita apa prioriti kita dan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting dan tidak patut diutamakan. FIP ada kaitan dengan AGO kerana ia membantu kita mencapai AGO. Dalam kaedah FIP ini pelajar-pelajar perlu dingatkan bahawa kaedah ini menentukan perkara yang paling penting untuk difikirkan. Kita selalu teringat macam-macam perkara apabila kita sedang berfikir. Bukan semua perkara serupa pentingnya. Ada perkara yang sangat penting. Ada perkara penting dan ada perkara yang kurang atau tidak penting langsung. Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang pada apa yang kita utamakan. Kalau ia tidak kita utamakan, ia tidak penting. Fikirkan perkara yang lebih penting.

Kita selalu ada banyak pilihan (alternatif), oleh itu pilihan yang manakah sepatutnya kita pilih untuk menyelaraskan dengan apa yang kita utamakan. Kalau kita tidak tahu apa yang sepatutnya diutamakan, cuba semak apa AGO kita. Apa-apa yang tidak selaras dengan AGO, tidaklah penting, oleh itu tidak boleh diutamakan.

FIP menolong kita menjaga fokus kita berfikir. Ia menolong kita supaya tidak keliru sewaktu memikirkan barbagai fajtor yang terlibat dalam persoalan yang kita hadapi dan sedang kita fikirkan. Setiap faktor kita perlu tentukan FIPnya. Ada faktor yang kita anggap penting dan oleh itu perlu kita masukkan kedalam senarai prioriti kita. Kalau ada 10 faktor dan semua kita rasa prioriti belaka, kita tidak dapat membuat pilihan. Oleh itu buatlah beberapa keputusan yang kita anggap paling penting. Kemudian pilih faktor-faktor itu dengan membezakan dua perkara ini:

· Perkara yang kita rasa penting.

· Perkara yang sebenarnya penting.

Lembaran 8: APC (Alternatives, Possibilities and Choices):

Kaedah yang disarankan oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan kaedah alternatif (alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices). Alat ini digunakan supaya kita dapat berfikir secara selari. Biasanya kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga gunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. “Nanti dulu”, Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum otak maju kedepan. Ada banyak jenis alternatif yang boleh membantu kita membuat pilihan:

IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama, Idea-idea berbeza untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Ada idea-idea baru untuk tujuan-tujuan baru.

PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Jam tangan ialah alat pengukur waktu. Jam tangan adalah pengukur status pemakainya.

TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi, ada beberapa perkara yang dapat kita buat bagi menghadapinya. Ada beberapa cara kita boleh menimbang sesekor gajah hidup.

PENYELESAIAN: Apabila berhadapan denan masalah, ada beberapa cara kita meyelesaikan masalah tersebut.

PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada beberapa cara pendekatan yang dapat kita gunakan bagi mencipta penyelesaiannya. Dalam menangani masalah kenaikan kadar poligami, satu pendekatan ialah dengan membuat poligami lebih sukar.

PENJELASAN: Pelajar memberi penjelasan pada sesuatu persoalan. Contoh: Mengapakah sesuatu itu terjadi? Mengapakah remaja mudah terpengaruh menggunakan dadah? Mengapa wanita lebih berleter daripada lelaki?

REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta yang dicipta, tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal reka cipta itu.

Pelajar akan merasa kesulitan dan kesukaran hendak berhent sejenak dan memikirkan alternatif-alternatif lain sedangkan alternatif yang ada sudah cukup baik. Sewaktu membuat APC, kita mesti betul-betul jelas apa tujuan kita mencari alternatif baru. Ada kalanya kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternatif-alternatif lain. Ada masanya memang kita tidak puas hati dengan cara-cara yang ada sekarang. Jadi kita pun berfikir mencipta cara-cara yang lebih baik.

Lembaran 9: Keputusan (Decisions):

Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir FIP dan APC, disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Disini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik.

Lembaran 10: OPV (Other People’s Views):

Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara ini, mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau implikasinya terhadap orang lain. Senaraikan orang-orang lain yang terlibat dalam idea kita serta fikirkan apa yang mereka fikirkan berkenaan idea kita. OPV menolong dan membantu kita berfikir serta memahami dari sudut pandangan orang-orang lain.

Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira pendapat dan pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi. Alat ini menimbangi alat-alat lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi pelajar. Latihan ini memberi tekanan pada perbezaan-perbezaan antara pandangan pelajar dengan pandangan pihak-pihak lain. Pelajar perlu sedar bahawa berfikir dilakukan oleh manusia. Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada manusia-manusia lain. Kita berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Setelah berfikir, kita akan bertindak. Ada orang-orang yang akan terjejas secara langsung oleh fikiran kita. Ada pula orang-orang yang akan terjejas secara tidak langsung. Patutkah mereka itu juga kita fikirkan?

Dunia ini penuh dengan manusia. Setiap manusia berfikir. Slepas habis berfikir mereka membuat keputusan. Selepas ini mereka bertindak. Apa yang mereka buat bukan hanya menjejaskan diri mereka, tetapi diri ramai orang-orang lain. Setiap orang ada nilai-nilai yang mereka pengang dan anuti. Kita perlu fikirkan apa orang lain sebenarnya fikir, bukan apa orang lain sepatutnya fikir berkenaan perkara itu.

Untuk melatih pelajar membuat OPV, mula-mula buat senarai orang-orang lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara tersebut. Selepas itu cuba bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara berkumpulan. Kalau kita terlibat dalam konflik atau perbalahan, OPV sangat berguna. Gunakan OPV untuk memikirkan apa pendapat seteru atau penentang kita. Dengan itu kita dapat memikirkan pendapat kedua-dua belah pihak. Apabila kita memikirkan pendapat-pendapat orang lain, kita mestilah bersikap objektif.

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Aktiviti pengajaran-pembelajaran kemahiran berfikir sesuai dijalankan di pusat sumber sekolah. Penggunaan alatan dan bahan untuk aktiviti terdapat di pusat sumber dan pelajar senang membuat rujukan apabila diperlukan. Diantara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:

Membuat projek.

Membuat sesuatu projek akan melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Semasa melaksakan projek itu pelajar dapat mempelajari kemahiran:

· menentukan projek yang hendak di lakukan.

· mencari dan memilih projek.

· menggunakan projek yang telah dilakukan.

· mencacat/merekod projek berkenaan.

· melapor dan mempersembahkan kepada guru/kumpulan.

· menilai projek berkenaan.

Penggunaan Lambaran Kerja

Pelajar haruslah belajar cara menyusun proses pemikirannya secara sistematik untuk penulisan, bertutur, membuat persembahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Satu cara yang berkesan ialah dengan menggunakan lembaran kerja yang sesuai yang terdiri daripada:

· Soalan-soalan yang tersusun bagi mengguna kemahiran berfikir yang tertentu.

· Langkah-langkah sebagai panduan untuk perbincangan kumpulan atau kerja individu di lembaran pengurusan lisan.

· Berbagai gambaran dengan kotak-kotak untuk jawapan sebagai panduan menghasilkan kemahiran berfikir yang tertentu mengikut tajuk pembelajaran di lembaran pengurusan grafik.

· peta minda.

Penggunaan lembaran kerja memerlukan pelajar membuat rujukan dan mendapatkan matlamat yang tertentu. Dengan kegunaan lembaran kerja yang sesuai pelajar akan dapat.

· Merekod maklumat dan melihat perhubungan di antara satu sama lain.

· Menyusun idea-idea untuk menulis karangan atau laporan dan membuat persembahan secara lisan.

· Memahami dan menguruskan pemikiran dan pembelajarannya.

· Mengingat maklumat dengan lebih mudah.

Pembelajaran secara kerjasama (Co-operative Learning):

Pembelajaran secara kerjasama merupakan salah satu kaedah yang sangat berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir. Dalam kaedah ini pelajar-pelajar dalam kumpulan berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan tersebut.

Perbincangan:

Perbincangan boleh diadakan di antara guru dan pelajar atau di antara pelajar-pelajar sendiri dalam kumpulan. Perkara-perkara untuk dibincangkan haruslah dirancangkan terlebih dahulu. Teknik ini juga berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir kerana terdapat interaksi untuk menerang, menjelas, menilai, membuat inferens, membuat interpretasi dan membuuat kesimpulan.

Sumbangsaran/Percambahan Fikiran (Brainstorming):

Sumbangsaran adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghasilkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Untuk kaedah ini berjaya diperlukan seorang penulis idea dan seorang pengerusi yang menggalakkan ahli-ahli kumpulan (8-10 orang) menjanakan idea-idea tanpa dinilai atau dipertikai.



[1] Declarative knowledge - knowledge of facts, definitions, generalizations and rules.

Procedural knowledge - knowledge of how to perform activities.

1 ulasan:

  1. Artikel saya ini, mudah difahami dan program EAP telah dicadangkan oleh Tan Sri Lee Lam Thye untuk diaplikasikan. Saya cadangkan di PPUM tapi kekangan perlaksanaan.

    BalasPadam